Masing-Masing Tercengang! Maya Karin Muntah Darah Di Set MeleTOP, Oh! Rupa-Rupanya ...


Produksi rancangan MeleTOP digemparkan dengan insiden pelakon popular Maya Karin muntah darah ketika mula bersiaran malam tadi.

Situasi itu menyebabkan bukan hanya penonton malah kedua-dua hos MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa cuak.

Tidak terhenti di situ, dua pelakon utama filem Munafik 2, Syamsul Yusof dan Nasir Bilal Khan turut menggelabah dan tercengang. 

Maya kemudiannya bangun daripada tempat duduk sambil memanggil-manggil nama pengurusnya.

Situasi tegang itu bagaimanapun kembali reda apabila Maya kembali muncul ke pentas sambil ketawa.

"I'm coming back, okey tak? Menjadi tak saya berlakon?" kata Maya sambil menyapu darah pada mukanya.






Munafik 2 yang turut dibintangi Datuk Fizz Fairuz, Mawi dan Fauzi Nawawi akan mula ditayangkan di 140 pawagam seluruh negara mulai esok (30 Ogos)

SUMBER
close
============> [ Close ] =============
>